AM > BERITA

Amaran Hujan Tahap Buruk, Waspada Di Sabah Dan Sarawak Hingga Esok

10/03/2026 12:45 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) --  Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga esok, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Dalam kenyataan pagi ini, beliau berkata amaran tahap buruk di Sabah dikeluarkan bagi kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau) dan Tawau (Lahad Datu) serta Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan lama media sosial rasmi jabatan, atau menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan