AM > BERITA

 Isu 3R : Tindakan Tegas Perlu Segera Diambil, Kaji Pindaan Undang-undang Jika Perlu - Fahmi

11/03/2026 06:29 PM

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Tindakan tegas perlu segera diambil oleh pihak berkuasa termasuk Peguam Negara berhubung isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas beberapa isu berkaitan 3R seperti dilaporkan oleh media arus perdana dan media sosial dibangkitkan.

“Tindakan tegas perlu diambil sekarang oleh pihak berwajib termasuk Peguam Negara… pada masa sama, sekiranya wujud sebarang kelompangan dalam undang-undang maka ia wajar dikaji semula,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Fahmi berkata langkah itu termasuk meminda atau mengggubal rang undang-undang baharu supaya isu berkaitan 3R dapat ditangani dengan lebih tuntas pada masa hadapan.

Semalam, beberapa anggota Jemaah Menteri berkata mereka akan membangkitkan isu provokasi agama dan kaum pada mesyuarat Kabinet hari ini.

Mereka termasuk Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan