AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Sabah Menurun Kepada 75 Orang

12/03/2026 08:15 PM

KOTA KINABALU, 12 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah terus berkurang kepada 75 orang daripada 23 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 300 orang daripada 93 keluarga pagi tadi.

 Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 30 kampung di daerah Paitan masih terjejas, namun hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan.

PPS itu ialah Pusat Komuniti Batagon Darat dan PPS Surau Nur Hikmah Kampung Kaindangan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di pedalaman negeri itu akan mengalami ribut petir malam ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan