BERITA TERGEMPAR   Super League: PDRM FC 1-6 Negeri Sembilan FC | 
 AM > BERITA

PM Anwar Mohon Kerjasama Sarawak Tangani Penyeludupan Diesel 

13/03/2026 08:45 PM

KUCHING, 13 Mac (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan meminta kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha mengawal aktiviti penyeludupan diesel di sempadan negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah memohon kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memberikan kerjasama kepada agensi penguatkuasaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Hal ini kerana kita tahu harga diesel di Sabah dan Sarawak rendah dan sebab itu penyeludupan kemungkinan akan berlaku,” kata beliau berucap pada majlis Berbuka Puasa MADANI Tahun 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak petang ini.

Sementara itu, Anwar berkata Kerajaan MADANI mengambil keputusan mengekalkan subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 walaupun harga minyak kini mencecah lebih US$100 setong akibat lonjakan harga berikutan konflik di Asia Barat.

“Sebab itu kita harus berdoa agar konflik di Asia Barat segera selesai supaya kita tidak lagi terbeban. Buat masa ini keputusan kita tidak akan mengubah dasar subsidi RON95 dan kita juga akan ambil dasar penjimatan kewangan kita,” kata beliau.

Pada majlis sama, Anwar berkata Kerajaan Persekutuan juga bersetuju meluluskan peruntukan RM150 juta untuk membaiki Baraj Sungai Sarawak.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan