AM > BERITA

AIC Agih 1,000 Pek Sahur Kepada Petugas Barisan Hadapan, Anak Yatim Di Lembah Klang

14/03/2026 11:02 AM

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Sebanyak 1,000 pek makanan sahur diagihkan kepada petugas barisan hadapan dan anak yatim di sekitar Lembah Klang menerusi Program Santuni Sahur bersama Anwar Ibrahim Club (AIC) dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor serta Pertubuhan Generasi Penggerak Kebangsaan (GENK) awal pagi tadi.

Presiden AIC Azmi Mohd Nor berkata program itu bertujuan menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sepanjang Ramadan, selain menyantuni golongan yang memerlukan.

Beliau berkata antara lokasi pengagihan termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Ini hanyalah usaha kecil kami untuk menghargai petugas barisan hadapan yang bertugas di sini kerana mereka adalah wira kepada kita semua,” katanya ketika ditemui di PPUM awal pagi ini.

Azmi yang juga Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebanyak 200 pek makanan termasuk kuih raya diagihkan kepada anggota polis, bomba dan petugas kesihatan di Petaling Jaya. 

Program itu diteruskan ke beberapa lokasi lain termasuk IPD Cheras, IPD Ampang Jaya, Hospital Ampang dan beberapa balai polis serta balai bomba di sekitar Bandar Tun Razak dan Ampang.

Beliau berkata program yang berakhir dengan sesi bersahur bersama anak yatim di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu di Taman Lembah Jaya, Ampang berkenaan turut mendapat sokongan Perdana Menteri. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan