KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada pemain skuasy negara S. Sivasangari atas kejayaan menjuarai Terbuka Australia 2026 di Brisbane.
Menerusi kenyataan di Facebook beliau, Anwar menyifatkan kejayaan itu sebagai satu pencapaian membanggakan buat dunia sukan negara selain mencerminkan semangat juang tinggi atlet Malaysia di pentas antarabangsa.
“Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan dunia sukan tanah air, malah menjadi bukti keazaman, disiplin dan semangat juang tinggi yang dimiliki atlet negara dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa,” katanya.
Anwar berkata kejayaan tersebut turut menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Sivasangari menewaskan pemain Amerika Syarikat, Marina Stefanoni dengan keputusan 11-7, 11-4, 11-8 untuk merangkul gelaran Terbuka Australia 2026, sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan selama 13 bulan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial