AM > BERITA

Fukuro Malaysia Lancar Siri Simpanan Makanan Rokku

18/03/2026 05:37 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Fukuro Malaysia melancarkan Siri Simpanan Makanan Rokku, rangkaian baharu penyelesaian penyimpanan makanan praktikal dan moden yang direka untuk kegunaan harian isi rumah.

Dalam kenyataan hari ini, jenama perkakas dapur tempatan yang berkembang pesat itu memaklumkan rangkaian Rokku terdiri daripada sembilan unit penyimpanan stok (SKU) yang merangkumi enam Bekas Kunci Klip dan tiga Kanister Kunci Udara termasuk Bekas Kunci Klip 550 mililiter berharga RM9.90.

Syarikat itu berkata produknya boleh didapati di lebih 1,300 kedai runcit di seluruh negara termasuk gedung serbaneka utama, kedai runcit premium, pasar raya dan pasar raya besar serta di laman sesawang rasmi.

Direka untuk rutin harian seperti penyediaan makanan, menyimpan lebihan makanan serta penyimpanan yang teratur, Rokku ialah penyelesaian kepada kekurangan berterusan dalam perkakasan dapur seperti dilihat Fukuro, iaitu pembeli mencari produk yang kelihatan moden dan boleh dipercayai pada harga berpatutan. 

Pengasas Bersama Fukuro Malaysia Daryl Lai berkata syarikat itu menggunakan disiplin gaya barangan pengguna bergerak cepat (FMCG) kepada kategori yang sering dianggap sebagai urus niaga semata-mata.

“Kami merancang pelbagai jenis barangan, menguruskan penetapan harga dengan konsisten dan mengutamakan keterlihatan dan ketersediaan di kedai runcit supaya apabila orang ramai memerlukan perkakas dapur yang bagus, kami sudah berada dalam jangkauan,” katanya.

Beliau menambah perkakas dapur yang baik seharusnya berfungsi, dibuat dengan baik dan harganya berpatutan serta tidak seharusnya dirasakan sebagai pembelian mewah.

“Siri Simpanan Makanan Rokku mencerminkan hala tuju Fukuro yang lebih luas sebagai jenama, iaitu pelaksanaan yang kukuh, reka bentuk kemas dan harga praktikal yang menyokong rutin isi rumah sebenar.

“Daripada mengejar perkara baharu, tumpuan Fukuro ialah konsistensi, menyampaikan barangan keperluan yang direka dengan baik dan mudah didapati di lokasi rakyat Malaysia biasa membeli-belah,” katanya.

Fukuro berkata sebagai jenama tempatan yang bersaing dalam kategori yang lazimnya dikuasai pemain antarabangsa, mereka berhasrat menunjukkan jenama tempatan juga mampu menawarkan kualiti dan skala.

Disokong oleh pengedaran proaktif dan servis runcit, syarikat itu memaklumkan lebih 90,000 unit Fukuro “sampai” ke isi rumah Malaysia setiap bulan, mencerminkan peningkatan kepercayaan pengguna dan pembelian berulang.

Siri Rokku menggariskan komitmen Fukuro untuk memastikan perkakas dapur harian mudah diakses dan bukannya sesuatu yang hanya diimpikan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan