AM > BERITA

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Empat Negeri, KL, Putrajaya Hingga 7 Malam

18/03/2026 05:38 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam ini. 

MetMalaysia memaklumkan ramalan cuaca buruk itu melibatkan seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim 

Di Johor melibatkan kawasan Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sarawak amaran berkenaan meliputi kawasan Sri Aman, Sarikei (Sarikei), Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Telang Usan). 

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan