AM > BERITA

Pemangku Sultan Johor, Onn Hafiz Zahir Ucapan Tahniah Keputeraan Rasmi Agong

23/03/2026 09:32 AM

JOHOR BAHRU, 23 Mac (Bernama) -- Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail merafak sembah merakamkan ucapan dan doa bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.

“Allah peliharakan Sultan,” titahnya ringkas dalam ucapan kepada paduka ayahanda Sultan Ibrahim yang dimuat naik di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor hari ini.

Turut merafak sembah serta merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan doa ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Daulat Tuanku! Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

"Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada baginda sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2026 Bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah.

"Dengan segala hormat dan takzimnya yang berdatang sembah patik dan seluruh Bangsa Johor, Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor," katanya menerusi hantaran di Facebook. 

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan