AM > BERITA

Lelaki Bangladesh Ditemukan Lemas Dalam Sungai 

23/03/2026 01:37 PM

IPOH, 23 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan lemas selepas terjatuh dalam sungai berhampiran laluan Kledang Timur 4, Taman Bandar Baru Menglembu, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan mayat lelaki itu daripada orang awam pada 8.35 pagi.

“Sebanyak 10 anggota berserta dua jentera Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh digegaskan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba dimaklumkan oleh pihak polis bahawa mangsa yang berusia 29 tahun dipercayai menaiki basikal sebelum terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan.

Kematian lelaki itu disahkan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir di lokasi dan mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan