KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) EP9130 dari KL Sentral ke Butterworth dijangka mengalami kelewatan kira-kira 157 minit daripada jadual asal susulan gangguan teknikal di Rasa, Hulu Selangor.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan berikutan gangguan tersebut, tren berkenaan yang berlepas dari KL Sentral pada 1.40 tengah hari dijangka tiba di Stesen Butterworth pada 8.22 malam ini berbanding jadual asal 5.45 petang.
“Gangguan akibat masalah teknikal di stesen Rasa berlaku pada 3.02 petang ini,” menurut kenyataan itu.
KTMB memaklumkan berikutan gangguan itu, perkhidmatan tren Komuter serta ETS di laluan sama turut mengalami kelewatan sekitar 15 minit berikutan penggunaan satu landasan.
“Penumpang dinasihatkan mendapatkan bantuan daripada kakitangan stesen bertugas dan mengikuti maklumat terkini yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
“KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Terima kasih atas perhatian anda,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial