AM > BERITA

PM Umum Langkah Strategik Tangani Krisis Tenaga Global 6.30 Petang Ini

26/03/2026 07:45 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat dalam satu siaran khas 6.30 petang ini. 

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar berkata pendekatan yang digariskan adalah tegas, terancang serta berpaksikan kepentingan rakyat dan ketahanan negara.

“Insya-Allah, saya akan menggariskan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dengan pendekatan yang tegas, terancang dan berpaksikan kepentingan rakyat serta ketahanan negara,” katanya.

Pengumuman tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran media televisyen tempatan termasuk Bernama TV dan RTM. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan