AM > BERITA

Kerajaan Terus Lindungi Rakyat, Kekalkan Subsidi Petrol, Diesel Melalui SKPS, SKDS

29/03/2026 01:17 PM

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus melindungi rakyat serta memastikan kestabilan harga barangan walaupun harga minyak global meningkat ketika ini susulan konflik di Asia Barat.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan usaha tersebut dibuat melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) iaitu subsidi bahan api bagi sektor pengangkutan darat dan air awam serta pengangkutan barangan tertentu.

“Langkah ini membantu agar kos pengangkutan terkawal dan harga barangan kekal stabil. 

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan global dan mengambil pendekatan berhemah demi melindungi kesejahteraan rakyat,” menurut kementerian itu.

Dalam hantaran itu, MOF turut berkongsi infografik yang menunjukkan harga runcit petrol bersubsidi di bawah SKPS bagi sektor pengangkutan darat dan air awam serta pengangkutan darat barangan dikekalkan pada RM2.05 seliter.

Bagi SKDS pula, harga runcit diesel bersubsidi bagi sektor pengangkutan darat awam kekal pada RM1.88 seliter manakala bagi sektor pengangkutan darat barangan dikekalkan pada RM2.15 seliter.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan