DUNIA > BERITA

PEMBUNUHAN DAN KEMUSNAHAN DI GAZA YANG TERBURUK PERNAH DILIHAT : KETUA PBB

10/09/2024 10:23 PM

NEW YORK, 10 Sept (Bernama-WAFA) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata pembunuhan dan kemusnahan di Semenanjung Gaza adalah yang terburuk yang pernah dilihatnya sepanjang tempoh beliau memegang jawatan bermula 2017.

Beliau menambah dalam satu temu bual media bahawa PBB menawarkan untuk memantau sebarang kemungkinan gencatan senjata di Gaza, sambil mengingatkan tentang kehadiran "Pertubuhan Pengawasan Gencatan Senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" di Timur Tengah (UNTSO), lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Beliau berkata penerimaan Israel terhadap tawaran itu adalah "kemungkinan lemah", dan menggambarkan penglibatan PBB dalam sebarang peranan masa depan di Gaza sebagai "tidak realistik".

Setiausaha Agung PBB menekankan keperluan dan kepentingan gencatan senjata segera di Gaza.

Beliau menegaskan, "Saya tidak pernah menyaksikan tahap kematian dan kemusnahan seperti yang telah kita saksikan di Gaza dalam beberapa bulan kebelakangan ini."

Beliau menegaskan bahawa penyelesaian dua negara adalah "satu-satunya cara" untuk menamatkan konflik Israel-Palestin dan "tiada alternatif lain" untuk itu.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan