DUNIA > BERITA

ANGKA KORBAN DI GAZA MENINGKAT KEPADA 41,431, LEBIH 95,818 CEDERA

22/09/2024 09:43 PM

GAZA, 22 Sept (Bernama-WAFA) -- Pasukan pendudukan Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, mengakibatkan pembunuhan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin dan 58 lagi cedera, menurut laporan perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa angka kematian Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 41,431 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 95,818 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan-jalan di kawasan konflik, kerana pasukan penjajah Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam.

-- BERNAMA-WAFA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan