DUNIA > BERITA

HAD KEMASUKAN PELARIAN AS KEKAL 125,000 UNTUK 2025 - RUMAH PUTIH

01/10/2024 10:50 AM

WASHINGTON, 1 Okt (Bernama-Sputnik) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengekalkan had kemasukan pelarian AS pada 125,000 orang tahun depan, menurut Rumah Putih dalam satu memorandum, lapor Sputnik.

"Jumlah kemasukan dari semua wilayah tidak boleh melebihi 125,000," menurut memorandum yang dikeluarkan pada Isnin.

Menurut Rumah Putih, Biden membenarkan sehingga 50,000 pelarian dari Afrika; 20,000 dari Asia Timur; 3,000 dari Eropah dan Asia Tengah; 50,000 dari Amerika Latin dan Caribbean serta 45,000 dari Timur Dekat dan Asia Selatan.

Biden telah menetapkan had kemasukan pelarian kepada 125,000 setiap tahun semasa tempoh jawatannya sebagai presiden.

Jabatan Negara dalam kenyataan berasingan berkata penempatan semula pelarian adalah teratur dan tertakluk kepada tapisan yang ketat.

--BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan