DUNIA > BERITA

BENGKEL ASEAN-AUSTRALIA UNTUK TANGANI BERITA PALSU DIADAKAN DI JAKARTA

01/10/2024 05:50 PM

VIENTIANE, 1 Okt (Bernama-KPL) -- Bengkel ASEAN-Australia mengenai pengurusan maklumat kerajaan untuk menangani berita palsu dan maklumat salah telah diadakan pada Selasa di Jakarta, Indonesia, memfokuskan untuk membiasakan peserta dengan Garis Panduan ASEAN mengenai isu berkenaan. 

Agensi Berita Laos (KPL) melaporkan Ketua Pusat Hal Ehwal Antarabangsa di Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia Ichwan Makmur Nasution, merasmikan bengkel itu.

Beliau menekankan kepentingan memperkukuh Pasukan Petugas ASEAN mengenai Berita Palsu (TFFN) dan mempromosikan pelaksanaan Garis Panduan ASEAN melalui perbincangan dan perkongsian pengalaman dalam komunikasi strategik.

Bengkel selama tiga hari itu akan memberi peluang kepada peserta untuk bertukar-tukar maklumat mengenai amalan baik dan meneroka pengajaran yang dipelajari dalam menangani berita palsu.

Topik seperti AI, kecemasan awam, dan cabaran yang dihadapi oleh kumpulan terdedah dalam mengakses maklumat yang boleh dipercayai juga akan dibincangkan.

Acara itu disokong oleh Perkongsian Keselamatan Politik ASEAN-Australia, dengan Yayasan Asia sebagai rakan pelaksana.

--BERNAMA-KPL

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan