DUNIA > BERITA

PENUNJUK PERASAAN BAKAR DIRI KETIKA PERHIMPUNAN PRO-PALESTIN BERHAMPIRAN RUMAH PUTIH , AS – LAPORAN

06/10/2024 05:56 PM

MOSCOW, 6 Okt (Bernama-Sputnik) -- Seorang lelaki membakar dirinya sendiri ketika demonstrasi pro-Palestin berhampiran Rumah Putih di Washington, lapor Sputnik yang memetik The Washington Post.

Api segera dipadamkan dan lelaki itu dibawa ke hospital, menurut akhbar itu, sambil menambah bahawa demonstrasi itu bermula di luar Rumah Putih dan berlangsung secara aman.

Lelaki berkenaan menerima rawatan perubatan dan kecederaannya tidak mengancam nyawa, lapor akhbar itu yang memetik seorang pegawai polis.

Kira-kira 1,000 orang berhimpun dalam demonstrasi di ibu negara Amerika Syarikat (AS) itu, membawa sepanduk bertulis "Bebaskan Palestin", menuntut embargo senjata ke atas Israel serta mengibarkan bendera Palestin, menurut The Washington Post.

-- BERNAMA-SPUTNIK                         

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan