DUNIA > BERITA

PELAPOR KHAS PBB: ISRAEL LAKUKAN GENOSID BAHARU DI JABALIYA, GAZA

15/10/2024 05:38 AM

NEW YORK, 14 Okt (Bernama-WAFA) -- Francesca Albanese, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, berkata bahawa tentera Israel kini melakukan siri pembunuhan beramai-ramai di Jabaliya, kawasan utara Semenanjung Gaza.

“Saat kita berbicara, menulis, tweet dan menangis, tentera Israel melakukan satu lagi pembunuhan beramai-ramai di utara Gaza,” kata Albanese dalam satu hantaran di platform X, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Beliau menjelaskan bahawa rakyat di Jabaliya dibunuh sama ada secara berkumpulan atau secara individu, dalam tindakan sadis dan kejam yang sukar dibayangkan.

Tindakan ini dilakukan oleh warga Israel yang bersetuju menjadi 'pembunuh sukarela', menjadi sebahagian daripada rancangan genosid, menggunakan senjata buatan Barat dan dengan sokongan daripada negara-negara Barat.

"Sukar untuk dipercayai bahawa kita tahu apa yang sedang dilakukan Israel, namun kita semua tidak mampu menghentikannya.

“Jika dibandingkan dengan keadaan 100 tahun lalu, tidak banyak kemajuan yang telah dicapai," katanya.

-- BERNAMA-WAFA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan