DUNIA > BERITA

ADB LULUS PINJAMAN US$434.25 JUTA KEPADA INDIA

24/10/2024 06:45 PM

MANILA, 24 Okt (Bernama-Xinhua) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Khamis meluluskan pinjaman sebanyak US$434.25 juta untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui dan memperbaiki keselamatan tenaga di negeri Assam, India, lapor Xinhua.

Menurut ADB, Projek Solar Assam akan membina fasiliti fotovoltaik solar bersambung grid berkapasiti 500 megawatt di daerah Karbi Anglong.

Projek itu juga dijangka menyokong pembangunan sistem penyimpanan tenaga bateri bersambung grid untuk memastikan kestabilan grid dan memenuhi permintaan kuasa puncak.

ADB menyatakan bahawa projek ini akan membantu Assam membangunkan pelan hala tuju tenaga boleh diperbaharui dan meningkatkan kapasiti tenaga solar bagi mencapai sasaran 3,000 megawatt menjelang 2030.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan