DUNIA > BERITA

KEUNTUNGAN SYARIKAT INDUSTRI BESAR CHINA CECAH RMB5 TRILION DARI JAN HINGGA SEPT 2024

28/10/2024 02:02 PM

BEIJING, 28 Okt (Bernama-CMG) -- Keuntungan syarikat industri berskala besar di China mencecah RMB5 trilion (RM3 trilion) dalam sembilan bulan pertama tahun ini, menurut statistik terkini yang diumumkan Biro Statistik Negara (NBS) China pada Ahad.

Sektor baharu yang diwakili industri pembuatan berteknologi tinggi mencatat peningkatan keuntungan yang lebih pesat, sekali gus memperlihatkan ketahanan ekonomi industri negara Tembok Besar itu.

Menurut statistik, pelaburan dalam industri berteknologi tinggi meningkat 10 peratus dalam tiga suku pertama 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lalu, sementara pembangunan kuasa produktif kualiti baharu semakin diperkukuh, dan industri pembuatan berkembang ke arah lebih pintar, lebih hijau dan berkualiti tinggi.

Ini sekali gus memberikan sokongan penting untuk keuntungan syarikat industri berskala besar di negara ini.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan