DUNIA > BERITA

SETIAUSAHA AGUNG ASEAN KETUAI DELEGASI MESYUARAT MENTERI BURUH DI SINGAPURA

28/10/2024 03:12 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 28 Okt (Bernama) -- Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn, akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN pada Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN ke-28 (ALMM) dan ALMM Plus Tiga ke-13 di Singapura pada 30-31 Okt 2024.

Bertemakan “Memperkukuh Ketahanan dan Mempromosikan Inovasi”, mesyuarat itu akan menyaksikan Kao menyampaikan ucapan pembukaan serta memberikan kemas kini mengenai keputusan penting berkaitan buruh daripada Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini.

Menurut kenyataan Sekretariat ASEAN, beliau juga akan mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Tenaga Manusia Singapura Dr Tan See Leng dan Setiausaha Buruh dan Pekerjaan Filipina Bienvenido E. Laguesma.

Perhimpunan ini menandakan ulang tahun ke-50 ALMM, yang memainkan peranan penting dalam memupuk kerjasama tenaga kerja serantau sejak penubuhannya pada 1975, bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan daya saing tenaga kerja.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan