JAKARTA, 1 Nov (Bernama-Xinhua) -- Beberapa orang maut manakala sembilan yang lain cedera apabila kebakaran besar berlaku di sebuah kilang minyak masak berhampiran Jakarta, Indonesia, pada Jumaat, menurut Agung Priambodo, Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Jakarta.
Kira-kira 20 jentera bomba terlibat dalam usaha memadam kebakaran di sebuah kompleks perindustrian di Bekasi, sebuah bandar berhampiran Jakarta.
"Setakat ini, hampir separuh kebakaran berjaya terkawal," kata Priambodo kepada Xinhua.
"Dua belas beg mayat yang mengandungi anggota badan mangsa dibawa dari tempat kejadian. Terdahulu, kami dimaklumkan, sembilan orang hilang," katanya, sambil berkata, kira-kira 30 petugas terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat di tapak itu.
Priambodo menambah, sembilan orang diselamatkan dari tempat kejadian, kebanyakannya melecur.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial