MOSCOW, 4 Nov (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Lebih 78 juta orang telah mengundi awal bagi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 Nov, menurut maklumat daripada Makmal Pilihan Raya Universiti Florida, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Jumlah Undi Awal: 78,003,222 • Undi Awal Secara Bersemuka: 42,654,364 • Kertas Undi Pos Dikembalikan: 35,348,858 • Kertas Undi Pos Diminta: 67,456,847,” menurut data terkini yang dikemas kini pada Ahad.
Pada Sabtu, Makmal Pilihan Raya melaporkan bahawa hampir 70 juta rakyat Amerika telah mengundi awal - 36.5 juta secara bersemuka dan 32.5 juta melalui pos.
Pilihan raya sebelumnya mencatat rekod dari segi jumlah pengundi awal - lebih 101 juta orang telah mengundi melalui pos atau secara bersemuka sebelum hari pilihan raya, kebanyakannya disebabkan pandemik COVID-19.
Ketika itu, calon Republikan semasa, Donald Trump, menuduh pihak Demokrat melakukan penipuan disebabkan jumlah undian pos yang tinggi.
Namun, dalam kitaran pilihan raya kali ini, bekas presiden itu turut menggesa penyokongnya untuk ke pusat pengundian lebih awal. Presiden semasa, Joe Biden, juga telah mengundi dalam pilihan raya ini.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial