DUNIA > BERITA

HARRIS, BIDEN DIJANGKA AKAN MENGAKU KALAH - LAPORAN

07/11/2024 12:17 AM

MOSCOW, 6 Nov (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon presiden Demokrat, Kamala Harris, bersama Presiden Joe Biden, dijangka akan menghubungi Donald Trump pada Rabu untuk mengakui kekalahan dalam Pilihan Raya Presiden AS, lapor Sputnik.

Menurut NBC News, dua pembantu rapat Harris memaklumkan bahawa Trump merupakan pemenang yang dijangka, dan ucapan rasmi kekalahan oleh Harris dijangka akan disampaikan sekitar pukul 4 petang waktu tempatan (23:00GMT), lapor Reuters yang memetik sumber.

Pilihan Raya Presiden AS telah berlangsung pada 5 Nov.

Walaupun terdapat jangkaan bahawa pertandingan ini akan berlarutan, rangkaian utama telah mengumumkan Trump sebagai pemenang awal pada Rabu selepas beliau berjaya memperoleh kemenangan di semua negeri penting yang menjadi penentu.

Trump menyambut kemenangan bersama para penyokong di Florida, di mana beliau mengumumkan kemenangannya secara terbuka.

Sebagai satu tanda perpaduan, Biden dilaporkan merancang untuk menjemput Trump ke Rumah Putih dan menghadiri majlis pelantikannya, menurut laporan itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan