DUNIA > BERITA

INDONESIA-MALAYSIA BEKERJASAMA HANTAR PULANG NELAYAN YANG DITAHAN

14/11/2024 08:57 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 14 Nov (Bernama) -- Pengawal Pantai Indonesia (Bakamla) bekerjasama rapat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memastikan pembebasan tiga nelayan Indonesia yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia kerana didakwa menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.

Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.

"Ketiga-tiga anak kapal, termasuk kapten, kini ditahan di Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri," menurut direktorat kerjasama Bakamla, Kolonel Tatang dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa pelanggaran wilayah adalah perkara biasa dalam kalangan nelayan Indonesia kerana kekurangan pengetahuan tentang sempadan maritim dan alat navigasi yang lemah.

“Dengan hubungan kukuh antara Bakamla RI dan APMM, kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cepat dan nelayan dapat dikembalikan ke Indonesia,” tambahnya.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan