PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) -- Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Lubnan, menekankan perkembangan positif itu sebagai langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta mengembalikan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Malaysia menggesa semua pihak menghormati dan mematuhi syarat gencatan senjata berkenaan.
Kementerian Luar turut mengulangi gesaan untuk menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, termasuk Resolusi 1701 (2006), perlindungan ke atas orang awam dan akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan kepada rakyat Lubnan yang menderita akibat konflik yang berpanjangan.
Kementerian itu berkata gencatan senjata pada kadar segera dan kekal di Gaza juga perlu dilaksanakan dengan akses tanpa sekatan kepada bantuan kemanusiaan dipulihkan segera.
“Keamanan di Timur Tengah hanya akan dicapai apabila wujudnya Palestin yang merdeka, bebas dan berdaulat,” menurut kenyataan itu.
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Lubnan Hizbullah hasil perantaraan Amerika Syarikat dan Perancis mula berkuat kuasa pada 27 November.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial