DUNIA > BERITA

PAVILION CHINA COP16 KONVENSYEN DESERTIFIKASI PBB BUKA TIRAI

03/12/2024 02:52 PM

RIYADH, 3 Dis (Bernama-CMG) -- Pavilion China telah dirasmikan semasa berlangsungnya Persidangan Pihak-Pihak ke-16 (COP16) Konvensyen Desertifikassi PBB (UNCCD) yang membuka tirai di sini semalam waktu tempatan.

Pameran yang diadakan dalam Pavilion China yang seluas lebih 600 meter persegi itu merangkumi pencapaian dan pengalaman negara China dalam bidang pencegahan dan kawalan hakisan tanah melalui pelaksanaan projek mega serta perjuangan rakyatnya dalam kempen penghijauan di kawasan pinggir padang pasir.

Dalam majlis perasmian yang terbabit, Timbalan Setiausaha Eksekutif UNCCD, Andrea Meza Murillo telah menyanjung tinggi pencapaian yang cemerlang yang dilakar China dan sumbangannya dalam usaha desertifikasi atau penggurunan baik di dalam negeri mahupun dalam senario global.

"China penggiat yang baik dalam pelaksanaan UNCCD. Saya berharap pelbagai negara terus mengeratkan kerjasama dalam menyahut cabaran yang wujud ketika menangani isu hakisan tanah," kata beliau.

Ketua Delegasi China bagi COP16 yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Hutan dan Padang Rumput Negara China, Guan Zhiou pula berkata bahawa sejak menganggotai UNCCD pada 30 tahun yang lalu, China bertindak pantas menunaikan tanggungjawab dan kewajiban yang termaktub dalam UNCCD dengan meningkatkan penglibatan dalam tadbir urus global dalam bidang desertifikasi.

Beliau berkata China membantu negara yang terlibat dalam pelaksanaan "Inisiatif Jalur dan Laluan" (BRI) yang menekankan pembinaan bersama dalam menangani masalah hakisan tanah, mendirikan pusat pencegahan desertifikasi China-Arab dan China-Mongolia, membina pangkalan untuk pelaksanaan projek rintis di Mongolia, Asia Tengah dan Afrika, dan memperbanyak latihan teknikal dan berkongsi pengalaman yang terbukti kondusif bagi negara membangun meningkatkan keupayaan dalam bidang kawalan desertifikasi.

Menurut Guan untuk masa depan, China sanggup terus berkongsi teknologi dan bertukar pengalaman dengan pelbagai negara sehingga dapat menyumbang kepada usaha memperjuangkan matlamat "mewujudkan pertumbuhan sifar hakisan tanah global 2030" dan visi "Inisiatif Hakisan Tanah G20", demi bumi yang lebih indah dan berdaya huni.

    -- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan