DUNIA > BERITA

AHLI PARLIMEN KOREA SELATAN SEBULAT SUARA UNDI BATALKAN UNDANG-UNDANG TENTERA

04/12/2024 02:23 AM

SEOUL, 3 Dis (Bernama-Yonhap) -- Parlimen Korea Selatan pada Rabu meluluskan usul menuntut Presiden Yoon Suk Yeol membatalkan pengisytiharan undang-undang tentera, lapor agensi berita Yonhap.

Di bawah Perlembagaan, undang-undang tentera mesti dibatalkan apabila majoriti ahli parlimen menuntutnya.

Daripada 300 ahli parlimen, 190 hadir dalam sesi itu dan kesemuanya menyokong usul untuk menamatkan undang-undang tentera.

Dengan kelulusan usul itu, pengisytiharan undang-undang tentera kini terbatal, menurut pejabat Speaker Parlimen.

Dalam satu pengumuman mengejut menerusi siaran langsung televisyen pada lewat Selasa malam, Yoon mengisytiharkan undang-undang tentera, dengan menuduh pembangkang melumpuhkan kerajaan melalui "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."

Yoon berkata keputusan untuk mengisytiharkan undang-undang tentera itu bertujuan untuk "membina semula dan melindungi" negara yang didakwanya sedang menghadapi cabaran besar.

Pengisytiharan itu membolehkan sekatan terhadap kebebasan tertentu, termasuk kebebasan akhbar, penerbitan, perhimpunan, serta kuasa kerajaan dan mahkamah.

Namun, undang-undang tentera boleh ditamatkan jika majoriti ahli parlimen menuntut pembatalannya.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan