DUNIA > BERITA

PRESIDEN YOON GAGAL HADIR UNTUK DISOAL SIASAT

18/12/2024 04:29 PM

SEOUL, 18 Dis (Bernama-dpa) -- Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu gagal mematuhi perintah hadir untuk disoal siasat berhubung percubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pasukan penyiasat bersama yang terdiri daripada polis, Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi dan unit siasatan kementerian pertahanan telah meminta Yoon menghadirkan diri untuk disoal siasat, lapor agensi berita Yonhap.

Percubaan untuk mengeluarkan saman kepada Yoon gagal minggu ini selepas pejabatnya enggan menerimanya atau mengembalikan surat itu, lapor agensi berkenaan.

Pada Sabtu, Parlimen Korea Selatan mengundi untuk mendakwa Yoon, hampir dua minggu selepas cubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera gagal.

Perdana Menteri Han Duck Soo telah memangku tugas presiden sehingga Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan muktamad sama ada untuk mengesahkan pemecatan Yoon atau mengisytiharkan tindakan pemecatan itu bertentangan dengan perlembagaan.

Mahkamah telah menetapkan 27 Disember sebagai tarikh prosiding pemecatan. Masih tidak jelas sama ada Yoon akan hadir pada pendengaran itu.

-- BERNAMA-dpa


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan