DUNIA > BERITA

MENTERI LUAR MALAYSIA, TURKMENISTAN ADAKAN PERBINCANGAN MENJELANG LAWATAN PRESIDEN

19/12/2024 12:05 AM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan telah bertemu rakan sejawatnya dari Turkmenistan, Rashid Meredow, bagi membincangkan isu-isu dua hala yang menjadi kepentingan bersama.

Menurut hantaran Kementerian Luar Malaysia di laman Facebook pada Rabu, perbincangan itu merangkumi cadangan untuk menubuhkan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama antara Malaysia dan Turkmenistan.

Kenyataan itu turut menyatakan kedua-dua pihak meneroka peluang kerjasama ekonomi di luar sektor minyak dan gas.

Pertemuan itu juga memberi tumpuan kepada persiapan bagi lawatan rasmi Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow, ke Malaysia dari 18 hingga 19 Disember, yang merupakan lawatan rasmi pertama beliau sejak memegang jawatan itu pada Mac 2022.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan