DUNIA > BERITA

PERHEBAT USAHA BINA NEGARA KUAT DALAM BIDANG PERTANIAN – XI

19/12/2024 02:52 PM

BEIJING, 19 Dis (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping menggesa usaha dilipatgandakan untuk memperkasakan pembaharuan kawasan luar bandar dan meneruskan usaha ke arah membina negara kuat dalam bidang pertanian.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) membuat kenyataan itu menerusi arahan kerja membabitkan pertanian, luar bandar dan masyarakat tani dalam persidangan kerja luar bandar pusat yang berlangsung di sini dari Selasa hingga Rabu.

Xi berkata adalah penting untuk menambah baik sistem sokongan bagi mengukuhkan pertanian, memberi manfaat kepada petani, memperkaya kawasan luar bandar dan memacu pembangunan luar bandar secara menyeluruh.

Menurut beliau, langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan pengeluaran serta bekalan bijirin dan hasil pertanian utama lain mencukupi selain mewujudkan lebih banyak saluran untuk membantu petani menjana pendapatan.

Xi mahu usaha bersepadu dilakukan untuk menggerakkan pelbagai inisiatif pembangunan luar bandar dan menjadikan kawasan berkenaan tempat yang indah dan harmoni untuk orang ramai tinggal dan bekerja.

Beliau menambah pembangunan pertanian dan luar bandar harus diletakkan sebagai keutamaan dalam usaha mempercepat proses pemodenan pertanian.

Xi pada masa sama mahu asas pertanian diperkukuh lagi, kawasan luar bandar menjadi semakin makmur dan masyarakat tani menjalani kehidupan yang lebih baik.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan