DUNIA > BERITA

PBB UCAP TAKZIAH SUSULAN INSIDEN REMPUH PASAR KRISMAS DI JERMAN

21/12/2024 05:55 PM

NEW YORK, 21 Dis (Bernama-dpa) -- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan rasa terkejut selepas kereta yang dipandu seorang lelaki merempuh orang ramai di sebuah pasar Krismas di bandar Magdeburg, tengah Jerman pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

"Kami terkejut dengan berita serangan yang berlaku hari ini di Magdeburg, Jerman," kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serta kerajaan dan rakyat Republik Persekutuan Jerman. Kami berharap mereka yang cedera agar lekas sembuh."

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala 60 lagi cedera dalam kejadian itu, menurut pihak berkuasa.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan