DUNIA > BERITA

EKONOMI DIGITAL CHINA BERTUNJANGKAN 4.57 JUTA PERUSAHAAN INDUSTRI TERAS

24/12/2024 02:56 PM

BEIJING, 24 Dis (Bernama-CMG) -- Data rasmi Jabatan Pentadbiran Am untuk Peraturan Pasaran China menunjukkan jumlah perusahaan dalam industri teras ekonomi digital mencatat lebih 4.57 juta pada akhir November lepas di negara ini yang menyaksikan peningkatan 17.99 peratus berbanding hujung 2023.

Jika dilihat dari segi klasifikasi industri, bilangan perusahaan dalam industri aplikasi teknologi digital menokok 2.17 juta dan dalam industri yang dipacu faktor digital mencatat 1.96 juta, diikuti oleh 236,300 syarikat dalam sektor perkhidmatan produk digital dan 208,200 dalam sektor pembuatan produk digital, masing-masing menyaksikan peningkatan sebanyak 17.6%, 19.64%, 16.7% dan 8.92% berbanding akhir 2023.

Dari segi taburan geografi pula, jumlah perusahaan perindustrian teras di wilayah Guangdong, Zhejiang dan Shandong berada di kedudukan tiga teratas dalam ranking kebangsaan, dengan masing-masing mencatat angka 753,500, 440,400 dan 400,300.

Menurut laporan, industri teras ekonomi digital merujuk kepada pelbagai aktiviti ekonomi yang menyediakan teknologi, produk, perkhidmatan, infrastruktur dan pakej penyelesaian digital serta aktiviti yang bergantung sepenuhnya kepada teknologi digital dan elemen data untuk mewujudkan pembangunan digital industri yang melibatkan pembuatan produk digital, perkhidmatan produk digital, industri aplikasi teknologi digital dan industri yang dipacu elemen digital.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan