DUNIA > BERITA

PESAWAT AZERBAIJAN AIRLINES TERHEMPAS DI AKTAU, KAZAKHSTAN

25/12/2024 05:00 PM

ASTANA, 25 Dis (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Sebuah pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan, menurut Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.  

Menurut kenyataan kementerian itu, pesawat berkenaan ditemukan sedang terbakar sebaik pasukan penyelamat tiba di lokasi nahas.  

"Seramai 52 anggota bersama 11 unit jentera Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan dikejarkan ke lokasi. Pasukan penyelamat segera menjalankan operasi memadam kebakaran," menurut kenyataan itu.  

Setakat ini, maklumat mengenai mangsa masih dalam proses pengesahan. Namun, laporan awal menunjukkan terdapat mangsa yang terselamat.  

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan Kazakhstan memaklumkan bahawa insiden itu akan disiasat secara terperinci.  

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan