DUNIA > BERITA

PUSAT PENYELIDIKAN KOMUNITI BERKONGSI NASIB SESAMA INSAN DIRASMIKAN

03/01/2025 02:01 PM

BEIJING, 3 Jan (Bernama-CMG) -- Pusat Penyelidikan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan dirasmikan di Beijing pada Khamis.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi semasa merasmikan pusat itu berkata pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang digagaskan oleh Presiden Xi Jinping memberikan jawapan China kepada isu global tentang "membina dunia dalam apa jua keadaan dan bagaimana membinanya".

Wang berkata konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan mengaitkan nasib dan masa depan China dengan dunia. Konsep itu melampaui perbezaan sistem masyarakat dan ideologi, melangkaui perbezaan sejarah, budaya dan peringkat pembangunan.

Beliau menekankan bahawa konsep itu mengetengahkan tamadun China yang berorientasikan kedamaian, keterangkuman dan inovasi, sekali gus mencerminkan pewarisan dan pengembangan budaya tradisional China yang cemerlang.

Pada masa ini, puluhan negara dan wilayah berkolaborasi dengan China untuk membina komuniti berkongsi nasib dalam pelbagai bentuk.

Wang Yi menegaskan bahawa pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan juga telah tertulis dalam resolusi Perhimpung Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelbagai dokumen pelbagai hala.

-- BERNAMA-CMG 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan