DUNIA > BERITA

SETIAUSAHA AGUNG ASEAN SERTAI MESYUARAT MENTERI DIGITAL ASEAN DI THAILAND

13/01/2025 05:51 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 13 Jan (Bernama) -- Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN ke Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) ke-5 dan acara berkaitan, yang dijadualkan berlangsung di Bangkok selama dua hari, bermula 16 Jan.

Menurut Sekretariat ASEAN, kehadiran beliau pada mesyuarat yang dihoskan oleh Thailand sebagai Pengerusi ADGMIN bagi 2025 itu adalah atas jemputan Prasert Jantararuangtong, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ekonomi dan Masyarakat Digital Thailand.

"Mesyuarat itu akan membincangkan cara untuk memajukan visi untuk mewujudkan ASEAN sebagai komuniti digital dan blok ekonomi, diperkasakan oleh perkhidmatan, teknologi dan ekosistem digital yang selamat dan transformatif, seperti yang diketengahkan dalam Pelan Induk Digital ASEAN 2025," menurut sekretariat itu dalam satu kenyataan.

Kao juga dijadualkan untuk terlibat dalam mesyuarat dua hala dengan menteri dan wakil peringkat tinggi dari Negara Anggota ASEAN, Rakan Dialog serta daripada sektor swasta.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan