DUNIA > BERITA

RUSIA SEDIA BEKALKAN GAS KEPADA EU, KEPUTUSAN MUKTAMAD BERGANTUNG KEPADA PEMBELI - MOSCOW

15/01/2025 02:57 PM

MOSCOW, 15 Jan (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Rusia bersedia membekalkan gas kepada Eropah, namun prospek bekalan itu bergantung sepenuhnya kepada pendirian pembeli, kata Ketua Jabatan Kerjasama Ekonomi Kementerian Luar Negeri Rusia, Dmitry Birichevsky kepada RIA Novosti.  

“Mengenai prospek untuk menyambung semula bekalan hidrokarbon Rusia ke Eropah, kami ingin menegaskan bahawa Rusia sentiasa mengambil pendekatan bertanggungjawab dalam memenuhi kewajipan kontraknya berhubung bekalan tenaga.  

"Presiden Rusia Vladimir Putin berulang kali menyatakan kesediaan Rusia untuk membekalkan bahan api sama ada melalui wilayah Ukraine atau menerusi bahagian paip gas Nord Stream yang masih beroperasi selepas serangan pengganas.

Namun, masa depan bekalan ini bergantung kepada pendirian negara transit dan pembeli - Kyiv serta negara-negara EU,” katanya.  

Beliau turut memaklumkan, berdasarkan anggaran awal, bekalan gas Rusia ke Eropah pada 2024 meningkat sebanyak 18 peratus tahun ke tahun, mencecah kira-kira 53 bilion meter padu.  

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan