DUNIA > BERITA

SENAT AS MENGESAHKAN MARCO RUBIO SEBAGAI SETIAUSAHA NEGARA

21/01/2025 03:32 PM

WASHINGTON, 21 Jan (Bernama-AA) -- Senat Amerika Syarikat (AS) mengundi untuk mengesahkan Marco Rubio sebagai Setiausaha Negara pada Isnin, menjadikannya pegawai pertama dalam pentadbiran Donald Trump yang diluluskan pada hari pelantikan presiden itu, lapor Agensi Anadolu.

Undian itu, yang dibuat hanya beberapa jam selepas upacara angkat sumpah Trump, mendapat sokongan sebulat suara 99-0.

Rubio akan memikul tanggungjawab itu di tengah-tengah pelbagai krisis dan konflik global, termasuk perang Rusia terhadap Ukraine serta perang berterusan di Gaza dan Lubnan yang melibatkan Israel.

Rubio, 53, yang pertama kali dipilih ke Senat pada 2010, terkenal dengan pendirian tegasnya terhadap Iran, Cuba, Venezuela dan China.

-- BERNAMA-AA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan