DUNIA > BERITA

14 MAUT DALAM SERANGAN PENGGANAS DI SYRIA

03/02/2025 10:00 PM

ISTANBUL, 3 Feb (Bernama-AA) -- Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 15 lagi cedera dalam serangan pengganas di daerah Manbij, wilayah Aleppo, Syria pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).

Sebuah kenderaan yang dipenuhi bom meletup di pintu masuk selatan Manbij, yang berada di bawah kawalan Tentera Nasional Syria (SNA).

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran dan terdapat kebimbangan angka kematian mungkin meningkat.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun pasukan keselamatan tempatan berkata ia mungkin dilakukan oleh organisasi pengganas PKK/YPG.

SNA membebaskan Manbij daripada pengganas pada Disember 2024 sebagai sebahagian daripada Operasi Fajar Kebebasan.

Dalam kempen keganasan selama 40 tahun terhadap Turkiye, PKK yang disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turkiye, AS dan EU bertanggungjawab atas kematian lebih 40,000 orang, termasuk wanita, kanak-kanak, bayi dan warga emas. YPG adalah cabang PKK Syria.

Sejak kejatuhan rejim Assad di Syria, kumpulan pengganas itu cuba mengeksploitasi ketidakstabilan serantau untuk mewujudkan "koridor keganasan" di sepanjang sempadan dengan Turkiye.

-- BERNAMA-AA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan