DUNIA > BERITA

WHO LANCAR UJIAN VAKSIN EBOLA DI UGANDA

04/02/2025 03:55 PM

KAMPALA (Uganda), 4 Feb (Bernama-WAM) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pada Isnin pelancaran ujian vaksin pertama di Uganda bagi Ebola daripada spesies Sudan, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata vaksin calon serta rawatan calon disediakan menerusi protokol ujian klinikal bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya.

Beliau menambah bahawa tiga lingkaran vaksinasi telah ditetapkan, dengan lingkaran pertama melibatkan kira-kira 40 kontak dan kontak mereka daripada kes pertama yang dilaporkan serta disahkan.

Pihak berkuasa Uganda mengisytiharkan wabak Ebola di ibu negara, Kampala, pada akhir bulan lepas.

-- BERNAMA-WAM


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan