MOSCOW, 5 Feb (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) menawarkan pegawainya pilihan untuk meletak jawatan dengan pampasan, sebagai langkah untuk menyelaraskan agensi itu dengan keutamaan Presiden Donald Trump termasuk usaha memerangi kartel dadah, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik akhbar The Wall Street Journal pada Rabu.
Pada akhir Januari, penyiar NBC News melaporkan bahawa pentadbiran Trump menawarkan pampasan selama lapan bulan kepada kakitangan kerajaan yang bersetuju untuk meletak jawatan secara sukarela.
Sehingga 10 peratus pegawai kerajaan dijangka menerima tawaran itu, menjimatkan berbilion dolar perbelanjaan kerajaan.
Penasihat kepada Pengarah CIA, John Ratcliffe berkata agensi itu juga menghentikan sementara pengambilan calon yang telah menerima tawaran bersyarat.
Menurut laporan berkenaan, beberapa tawaran kerja mungkin dibatalkan sekiranya calon tidak mempunyai pengalaman yang sesuai dengan matlamat baharu agensi itu, termasuk usaha mengekang pengaruh China.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial