DUNIA > BERITA

KARNIVAL “CHAP GOH MEH” ANJURAN CGTN UNTUK PESERTA AWG HARBIN

13/02/2025 02:30 PM

HARBIN (China), 13 Feb (Bernama-CMG) -- Aktiviti pertukaran kebudayaan antarabangsa "Perayaan Chap Goh Meh sempena Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) 2025" anjuran bersama Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan Stesen Kumpulan Media China (CMG) cawangan Heilongjiang telah diadakan di Pusat Media AWG di sini pada Rabu.

Pada perayaan tradisional itu, sebahagian atlet dan warga media dari pelbagai negara Asia berpeluang turut serta menghasilkan dan menikmati Tangyuan (sejenis kuih buatan tepung beras pulut yang manis dan berbentuk bebola), menyertai permainan teka-teki, di samping mendapat pendedahan tentang sejumlah warisan budaya tidak ketara seperti kaligrafi, kraf tangan buatan kulit ikan, seni lakuer, Guzheng dan Guqin (dua jenis alat muzik tradisional China yang masing-masing berdawai tujuh dan 21) serta teknik membuat tanglung.

Aktiviti itu menarik penyertaan lebih 20 orang dari kontinjen Hong Kong dan lebih 40 wakil dari Majlis Olimpik Asia (OCA), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Bhutan, Sri Lanka dan Mongolia.

AWG 2025 disertai lebih 1,270 atlet dari 34 negara dan rantau di Asia, mencatat rekod baharu kejohanan, sekali gus menjadikannya edisi ke-9 terbesar dalam sejarah.

Sementara itu, Arab Saudi dan Kemboja buat pertama kali menghantar atlet ke AWG, dengan Arab Saudi bakal menjadi tuan rumah AWG ke-10. Ini menunjukkan minat rakyat Asia yang semakin meningkat terhadap sukan musim sejuk.

-- BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan