PARIS, 3 Mac (Bernama-QNA) -- Paris dan London mencadangkan gencatan senjata “separa” selama sebulan di Ukraine, meliputi serangan ke atas infrastruktur udara, laut dan tenaga, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Dalam kenyataan selepas sidang kemuncak khas mengenai Ukraine di London, Macron menyatakan bahawa penempatan mana-mana pasukan pengaman Eropah di Ukraine akan berlaku pada peringkat kemudian dan tidak dalam beberapa minggu akan datang.
Beliau turut mencadangkan agar negara-negara Eropah meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka kepada antara 3.0 peratus hingga 3.5 peratus daripada jumlah KDNK, sebagai tindak balas terhadap perubahan dasar Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden AS, Donald Trump.
Kenyataan Macron itu dibuat susulan sidang kemuncak penting di London yang dihadiri puluhan pegawai Eropah bagi membincangkan sokongan kepada Ukraine dan mengkaji isu pertahanan Eropah.
-- BERNAMA-QNA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial