BEIJING, 7 Mac (Bernama-CMG) -- Hendaklah memartabatkan peranan pendidikan dalam usaha menyokong kemajuan sains teknologi dan memupuk modal insan.
Demikian ditegaskan Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu mesra dengan kumpulan anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dari Liga Demokratik China, Persatuan China untuk Kemajuan Demokrasi serta kalangan pendidikan, dan mendengar pandangan dan cadangan mereka.
"Hala tuju persekolahan yang tepat perlu dipertahankan dalam menyediakan pendidikan dari segi moral, intelek, fizikal, estetika dan ketekunan kepada golongan pembina dan pewaris yang berjuang dalam pembangunan negara sosialis, demi memangkin agenda pemerkasaan negara dalam bidang sains teknologi serta modal insan.
"Pembaharuan komprehensif perlu diperincikan terhadap sektor pendidikan dengan menyasarkan pembentukan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi dan selaras dengan jangkaan rakyat. Sementara itu, perlu menyempurnakan sistem pengurusan di setiap institusi pendidikan, meningkatkan tahap kemandirian mereka pada aspek pengendalian, dan memartabatkan penguatkuasaan undang-undang terbabit dalam pengurusan persekolahan," kata Xi.
"Untuk meningkatkan kerancakan dalam melakukan inovasi sains teknologi dan memacu pembangunan modal insan, perlunya menonjolkan peranan sektor pendidikan sebagai perintis dan tunjang. Selain itu, pelbagai pelan untuk mencapai lonjakan dalam disiplin asas dan interdisiplin perlu dilaksanakan dengan baik supaya dapat meningkatkan kecekapan transformasi berdasarkan hasil sains teknologi.
"Pada masa yang sama, hendaklah melaksanakan strategi digitalisasi pendidikan negara, membina masyarakat sukatan pembelajaran baru dan mendorong kemunculan pelbagai jenis tenaga insan," ujar Xi.
"CPPCC dikehendaki memainkan peranan sepenuhnya sebagai institusi perundingan khusus untuk mendorong pembangunan berkualiti tinggi dalam bidang pendidikan, sains teknologi dan tenaga insan sehingga menyumbang kepada peningkatkan kecekapan keseluruhan sistem inovasi di peringkat kebangsaan," tambah beliau.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial