DUNIA > BERITA

"PENYELESAIAN DUA NEGARA" PATUT DIJADIKAN TUMPUAN ANTARABANGSA

07/03/2025 02:39 PM

BEIJING, 7 Mac (Bernama-CMG) -- Semenanjung Gaza adalah dimiliki rakyat Palestin dan merupakan sebahagian daripada wilayah Palestin, dan sebarang cubaan untuk mengubah secara paksa status Gaza tidak akan membawa keamanan, tetapi hanya akan mencetuskan pergolakan baharu. Itulah sebabnya kami menyokong rancangan untuk pemulihan keamanan di Gaza, yang dilancarkan oleh negara Arab terutama Mesir.

Wang Yi membuat kenyataan itu dalam sidang media Persidangan ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 mengenai "Dasar dan Hubungan Luar China" yang diadakan di sini pagi tadi.

Beliau berkata bahawa bagi fasa seterusnya, usaha masyarakat antarabangsa harus lebih tertumpu kepada "penyelesaian dua negara" dan lebih banyak menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka.

China akan terus bertekad untuk memperjuangkan keadilan, keamanan, dan pembangunan untuk rakyat di kawasan Timur Tengah, menyokong negara Timur Tengah membela nasib mereka sendiri, meneroka jalan pembangunan secara mandiri, dan merealisasikan impian kedamaian dan kebangkitan dengan seawal mungkin.

Ketika membicarakan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) dalam sidang media itu, Wang menyatakan bahawa menghormati antara satu sama lain merupakan prasyarat penting bagi hubungan dua hala.

"AS seharusnya menilai semula apa yang tercapai daripada perang tarif dan perang perdagangan selama ini. Adakah defisit perdagangan negaranya sudah bertambah atau berkurangan? Adakah daya saingnya dalam bidang pembuatan telah meningkat atau menurun? Adakah inflasi yang dialaminya telah bertambah baik atau bertambah buruk? Adakah kehidupan rakyat di negaranya telah menjadi lebih baik atau lebih buruk?" kata Wang.

Tentang hubungan China-Rusia, Wang menyatakan bahawa China dan Rusia telah menempuh satu jalan untuk pergaulan antara negara yang tidak membentuk pakatan, tidak berkonflik, dan tidak menyasarkan pihak ketiga.

China dan Rusia akan mengambil peluang tatkala bersama-sama memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan dalam Perang Dunia II pada tahun ini, menggalakkan perkembangan order antarabangsa ke arah yang lebih adil dan munasabah.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan