DUNIA > BERITA

DJOKOVIC TERSINGKIR DI INDIAN WELLS KEPADA PEMAIN "LUCKY LOSER"

09/03/2025 05:47 PM

INDIAN WELLS (Amerika Syarikat), 9 Mac (Bernama-Xinhua) -- Novak Djokovic tersingkir daripada ATP 1000 Indian Wells Masters pada Sabtu, mengalami kekalahan mengejut 6-2, 3-6, 6-1 kepada pemain Belanda Botic van de Zandschulp pada pusingan kedua, lapor Xinhua.

Juara Grand Slam 24 kali itu hanya memenangi 63 peratus mata pada servis pertamanya manakala pesaingnya yang menduduki ranking ke-85 itu menukar lima daripada lapan “break point” untuk menang dalam masa lebih dua jam.

Ia adalah kali kedua dalam beberapa tahun Djokovic telah dikalahkan oleh seorang yang kalah bertuah di padang pasir California. Tahun lalu, pemain Serbia berusia 37 tahun itu tumbang pada pusingan ketiga kepada pemain kelayakan Itali, Luca Nardi.

"Saya bermula dengan sangat baik, dan sudah tentu Novak kembali," kata Van De Zandschulp, yang mendapat tempat dalam kejohanan itu selepas penarikan pemain Argentina Facundo Diaz Acosta.

"Akhirnya dan pada set ketiga saya gembira untuk mendapatkan kembali tahap saya."

Djokovic melakukan 14 kesilapan sendiri dan dipatahkan servis sebanyak dua kali dalam set pertama, namun bangkit pada set kedua dengan mendahului 3-0, sebelum menyamakan kedudukan menerusi pukulan “forehand” kemenangan yang menjadi identitinya.

Tetapi, Van de Zandschulp sekali lagi mematahkan servis Djokovic dalam set penentuan dan memastikan kemenangan selepas memaksa lawannya melakukan kesilapan sendiri pada mata penamat.

Dalam hari penuh kejutan, pilihan ketujuh Andrey Rublev tewas 6-4, 7-5 kepada pemain Itali Matteo Arnaldi dan pilihan ke-17 Felix Auger-Aliassime tewas kepada pemain Amerika Jenson Brooksby 6-4, 6-2.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan