DUNIA > BERITA

UNWRA BUKA 130 PUSAT PENDIDIKAN SEMENTARA DI GAZA

15/03/2025 10:33 PM

RAMALLAH, 15 Mac (Bernama-WAFA) -- Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi  Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA)  mengumumkan  ia membuka 130 pusat pendidikan sementara di Gaza, membolehkan pembelajaran langsung untuk kira-kira 47,000 kanak-kanak di seluruh semenanjung itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kenyataan ini dibuat  oleh Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini  dan dimuatkan di akaun X beliau pada Sabtu sambil menekankan peranan agensi itu dalam menyediakan perkhidmatan pembelajaran langsung kepada kanak-kanak di Gaza, yang menghadapi pembunuhan dan kehilangan tempat tinggal selama hampir 16 bulan akibat serangan genosid Israel.

Lazzarini menegaskan bahawa UNRWA kekal sebagai penyedia terbesar perkhidmatan pembelajaran kecemasan dan sokongan psikososial di Gaza.

Beliau menegaskan bahawa "pendidikan memulihkan sedikit harapan kepada kanak-kanak Gaza, membantu mereka pulih," sambil menyatakan peranannya dalam mengatasi "trauma yang tidak terkata yang dialami oleh kanak-kanak."

Bagaimanapun, beliau berkata: "Kita masih lagi jauh dalam menggalakkan lebih ramai kanak-kanak untuk belajar."

Pemimpin PBB itu seterusnya berkata, "Cabaran di Gaza sangat besar, dan tiada masa untuk dibazirkan. Matlamat kami adalah untuk mengelakkan pupusnya generasi kanak-kanak Palestin."

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan