DUNIA > BERITA

EKONOMI CHINA CATAT PERMULAAN MANTAP

18/03/2025 03:28 PM

BEIJING, 18 Mac (Bernama-CMG) -- Ekonomi China mencatatkan permulaan mantap dengan pelbagai petunjuk utama terus meningkat dalam dua bulan pertama tahun ini.

Data Biro Statistik Negara (NBS) menunjukkan dari Januari hingga Februari, nilai tambah industri berskala besar naik 5.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Antaranya, nilai tambah sektor pembuatan peralatan meningkat sebanyak 10.6 peratus.

Sementara itu, jualan runcit barang pengguna di seluruh negara menokok empat peratus dari tahun ke tahun.

Industri hijau pula terus berkembang pesat sejak awal tahun ini, didorong oleh momentum yang mampan dalam sektor berkenaan.

Menurut NBS, nilai tambah sektor pembuatan berteknologi tinggi yang berskala besar meningkat 9.1 peratus dari tahun ke tahun manakala jumlah pengeluaran kenderaan tenaga baharu melonjak sebanyak 47.7 peratus.

Jurucakap NBS Fu Linghui berkata pakej dasar sedia ada dan dasar tambahan yang diperkenalkan kerajaan menyuntik dorongan kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan serta perbelanjaan dan pelaburan, di samping memastikan pasaran pekerjaan kekal stabil pada keseluruhannya.

-- BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan