DUNIA > BERITA

LAPANGAN TERBANG KARGO PROFESIONAL DI HUBEI BEROPERASI MANTAP

20/03/2025 02:35 PM

WUHAN, 20 Mac (Bernama-CMG) -- Lapangan Terbang Huahu Ezhou di provinsi Hubei kini mengendalikan sebanyak 38 laluan pengangkutan kargo antarabangsa, genap setahun ia mendapat permit khusus untuk operasi global.

Sebagai hab kargo profesional pertama di Asia, lapangan terbang itu menghubungkan 42 destinasi di 28 negara dan wilayah meliputi benua Eropah, Amerika, Asia dan Afrika, termasuk negara dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Setakat ini, Lapangan Terbang Huahu Ezhou mencatatkan 8,795 penerbangan kargo antarabangsa dengan mengendalikan barangan import dan eksport sebanyak 338,400 tan.

Menurut jabatan kastam Ezhou, selain kargo biasa, lapangan terbang itu juga menyediakan perkhidmatan penghantaran mel, bungkusan ekspres serta barangan e-dagang rentas sempadan.

Difahamkan, barangan utama yang dieksport menerusi lapangan terbang itu ialah produk elektronik seperti komputer dan telefon bimbit, manakala yang diimport pula merangkumi buah-buahan, makanan laut, komponen kereta dan sebagainya.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan